JDT Umum Ketibaan Yago Da Silva
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan bintang baharu dari Brazil, Yago Da Silva

Pengumuman ini dilakukan menerusi suatu hantaran video di laman media sosial Johor Southern Tigers yang menyaksikan kehadiran Yago Da Silva secara rasmi diperkenalkan bersama JDT bagi musim ini.

Video pengenalan itu memaparkan kelibat Yago Da Silva di Stadium Sultan Ibrahim yang tampil bersama jersi keramat JDT dengan nombor 97 untuk didaftarkan sebagai pemain baharu.

”Rekrut terbaharu, Yago sertai Johor Darul Ta’zim,” umum laman Johor Southern Tigers.

Untuk rekod, Yago yang beraksi di posisi sayap kiri sebelum ini menyarung jersi kelab Liga Korea, Anyang FC dan berjaya menyumbat 4 gol dan membuat 7 bantuan jaringan dalam 33 penampilan.

Kejayaan terbaik yang dimiliki oleh pemain berusia 29 tahun ini adalah membantu Anyang FC menjuarai K-League 2 bagi musim 2023/2024 lalu sekaligus layak ke saingan divisyen pertama.

Kehadiran Yago Da Silva sudah pastinya akan menambahkan pilihan pemain buat jurulatih, Xisco Munoz untuk merencana strategi terbaik khususnya bagi menambah sengat di jentera serangan.