Jepun mencatatkan pencapaian membanggakan dalamaksi Sukan Olimpik di Paris 2024 apabila memberikan Israel malu besar.
Perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu menyaksikan skuad matahari terbit turun dengan motivasi terbaik untuk menempah tiket ke suku akhir.
Usaha itu bermula seawal minit pertama permainan apabila usaha yang dilakukan untuk mengatur gerak akhirnya mula membuahkan hasil.
Babak pertama menyaksikan Israel bernasib baik tidak dibolosi awal sungguhpun ditekan hebat oleh skuad Samurai.
Bersambung babak kedua, Jepun bangkit untuk mengatur gerak lebih berbahaya dan mula mendapat sentuhan.
Kemasukan pemain gantian,Mao Hasoya menggantikan Ryotaro Araki menjelmakan hasil apabila menjaringkan gol kemenangan Jepun pada minit ke-91.
Kekalahan ini memastikan Israel tewas dua perlawanan pada peringkat kumpulan dan hanya mengumpul satu mata sekaligus pulang awal pada kejohanan ini.
Sebelum ini, Israel dibelasah teruk oleh Paraguay pada aksi pertama sebelum diikat Mali dengan keputusan 1-1.
Jepun akan bertemu Sepanyol pada peringkat suku akhir yang dijadualkan pada 2 Ogos 2024.