Advertising
Jepun Miliki 3 Tonggak Kacukan Afrika
MakanBola
Japan FA

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai tonggak berdarah warisan dipanggil menyertai skuad kebangsaan Jepun.

Tiga tonggak warisan Samurai Biru yang dilihat menonjol ialah Zion Suzuki, Leo Kokubo dan Joel Chima Fujita. Menariknya, ketiga-tiga pemain ini memiliki darah Afrika-Jepun.

Ad

Suzuki berdarah Ghana-Jepun, Kokubo (Nigeria-Jepun) dan Fujita (Nigeria-Jepun). Tiga pemain ini sudah mula menyerlahkan potensi mereka di pentas antarabangsa.

Ad

Suzuki yang kini beraksi untuk kelab Serie A, Parma sudah merekodkan 16 penampilan bersama Jepun. Fujita pula baru merekodkan dua penampilan di pentas antarabangsa.

Meskipun Kokubo belum menerima sebarang panggilan daripada jurulatih, Hajime Moriyasu, penjaga gol berusia 24 tahun itu sudah mencipta nama bersama skuad Jepun Bawah 23 Tahun (B-23).

Ad

Ini kerana beliau membantu pasukan itu muncul juara Piala Asia B-23 2024 dan mara ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik 2024.

Ad

Kehebatan yang dipamerkan Suzuki sebagai penjaga gawang turut menarik minat kelab gergasi England, Manchester United.

Ad

Fujita dan Kokubo pula kembali bergandingan dalam pasukan Belgium, Sint-Truiden untuk musim 2024/25. Sebelum ini, kedua-duanya masing-masing beraksi untuk Yokohama F. Marinos dan Benfica B.