Sepanyol cemerlang menewaskan Jepun dalam saingan suku akhir Sukan Olimpik 2024 apabila membenam jaguh Asia tersebut dengan jaringan 3-0.
Sepanyol yang merupakan pemenang pingat perak dalam kejohanan Olimpik yang lalu turun dengan kesebelasan utama terbaik yang dibarisi pemain seperti Ruiz Abel, Eric Garcia dan Paul Cubarsi.
Jepun turut memiliki motivasi tersendiri setelah pernah tewas dalam penentuan pingat gangsa dalam edisi yang lalu kepada Mexico sekaligus menguatkan impian mereka untuk ke separuh akhir.
Perlawanan tampil seimbang antara kedua-dua belah pasukan dimana Sepanyol merekodkan 53% penguasaan bola manakala Jepun dengan 47%.
Fermin Lopez tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pada minit ke-11 perlawanan.
Tersentak dengan gol itu, Jepun pantas memperkemaskan jentera pertahanan dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Memasuki babak kedua, gol kedua Sepanyol muncul pada minit ke-73 hasil jaringan Fermin Lopez yang cemerlang menewaskan penjaga gol Leobrian Kokubo.
Abel Ruiz melengkapkan kemenangan bergaya Sepanyol apabila meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-86.
Perlawanan tamat dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada Sepanyol sekaligus membuatkan Jepun tersingkir dalam perlumbaan pingat di Sukan Olimpik 2024.
Aksi separuh akhir mempertemukan Sepanyol dan Maghribi manakala tuan rumah Perancis akan bertemu dengan Mesir pada 6 Ogos kelak.