Jepun Tak ‘Layan’ Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Harapan skuad futsal Malaysia untuk bertemu dengan Jepun dalam satu aksi persahabatan antarabangsa dilihat tidak kesampaian.

Skuad negara baru sahaja mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia yang amat memberangsangkan sungguhpun hanya mencatatkan satu kemenangan berdepan Kemboja.

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, terdapat beberapa negara yang menyatakan minat untuk bertemu Malaysia.

Advertisements

Persiapan ini juga membantu skuad futsal Malaysia untuk mengharungi Kejohanan Futsal AFF yang berlangsung pada tahun ini.

“Setakat hari ini, kejohanan yang kita sahkan ialah (Kejohanan Futsal) AFF. Dan kita juga menunggu pengesahan daripada liga ASEAN.”

Advertisements

“Untuk persiapan, kita telah merangka perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan luar. Alhamdulillah, hasil baik daripada keputusan kelayakan Piala Asia baru ini, mereka menjemput kita (untuk aksi persahabatan) atau bersetuju untuk datang.”

Antara negara yang menyatakan minat untuk bertemu skuad negara ialah Thailand, Vietnam selain Jepun juga ada menyatakan hasrat untuk bertemu skuad negara.

Advertisements

“Kita telah mendapat jemputan daripada pihak Bahrain, (jemputan kejohanan) daripada Thailand dan Vietnam. Jepun juga ada bertanya tapi belum ada surat rasmi,” katanya selepas sidang media majlis pengenalan pasukan dan jersi rasmi Sabah FA.

Hasrat ini bagaimanapun seakan tidak tercapai apabila skuad futsal Jepun mengumumkan aksi persahabatan dengan Thailand pada 11 April 2024 menurut Asean Football.

Advertisements

Thailand juga akan bertemu Kuwait pada 8 April 2024 sementara Vietnam bakal menguji kuwait dalam dua aksi pada 9 dan 14 April 2024.

Thailand ketika ini kekal selaku kuasa besar Asia Tenggara apabila menghuni tangga ke-25 dunia disusuli Vietnam (ke-38 dunia) sementara Malaysia di tangga ke-79 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram