Bahrain & Vietnam Berminat Uji Kekuatan Skuad Futsal Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang Piala Asia Futsal 2024, banyak negara berminat untuk menguji kekuatan skuad futsal Malaysia.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail.

Hal ini berlaku disebabkan Malaysia gagal layak ke Piala Asia Futsal 2024 selepas terkandas di pusingan kelayakan yang berlangsung pada Oktober tahun lalu.

Advertisements

Meskipun terkandas, prestasi baik yang dipamerkan skuad negara menarik minat banyak negara Asia untuk beradu kekuatan sebagai persiapan ke Piala Asia Futsal 2024.

Selain itu, ini juga membantu persiapan skuad futsal Malaysia untuk mendepani Kejohanan Futsal AFF yang berlangsung pada tahun ini.

Advertisements

“Setakat hari ini, kejohanan yang kita sahkan ialah (Kejohanan Futsal) AFF. Dan kita juga menunggu pengesahan daripada liga ASEAN.

“Untuk persiapan kita, kita telah merangka perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan luar. Dan alhamdulillah, hasil baik daripada keputusan kelayakan Piala Asia baru ini, mereka menjemput kita (untuk aksi persahabatan) atau bersetuju untuk datang.

Advertisements

“Dan kita masih merancang. Insya Allah, kita akan adakan perlawanan persahabatan ini dalam masa terdekat.

“Kita telah mendapat jemputan daripada pihak Bahrain, (jemputan kejohanan) daripada Thailand dan Vietnam. Jepun juga ada bertanya tapi belum ada surat rasmi,” katanya selepas sidang media majlis pengenalan pasukan dan jersi rasmi Sabah FA semalam.

Advertisements

Skuad futsal Malaysia ketika ini dibimbing pengendali Thailand, Rakphol Sainetngam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram