Ads
Asia
JFA

Sebagai persediaan ke Piala Asia 2023, Jepun bakal menurunkan barisan kedua mereka bila menentang Thailand untuk aksi persahabatan pada 1 Januari ini.

Advertisements

Ini dapat dilihat berdasarkan senarai pemain yang dipanggil oleh jurulatih Samurai Biru, Hajime Moriyasu seperti yang dikongsikan J. League International hari ini.

Advertisements

Kebanyakan pemain yang dipanggil memiliki 10 penampilan antarabangsa ke bawah seperti Zion Suzuki (Sint-Truiden), Koki Machida (Union Saint-Gilloise) dan Keito Nakamura (Reims).

Advertisements

Advertisements

Beberapa pemain dijangka membuat penampilan pertama untuk Jepun seperti Haruya Fujii (Nagoya Grampus), Ryotaro Ito (Sint-Truiden) dan Taishi Brandon Nozawa (FC Tokyo).

Walaupun skuad ini merupakan skuad kedua Jepun, pasukan ini masih diperkuatkan tonggak berpengalaman seperti Ritsu Doan (SC Freiburg), Takumi Minamino (AS Monaco) dan Takuma Asano (VfL Bochum).

Advertisements

Tidak mustahil skuad ini dilihat sebagai satu eksperimen oleh Moriyasu bagi mengenalpasti pemain-pemain sokongan yang bakal dibawa ke Piala Asia 2023.

Bekas pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) Jepun itu pastinya tidak mahu pasukannya dibelenggu masalah kecederaan apabila kejohanan itu bermula nanti.

Ini ditambah dengan berita pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu mengalami kecederaan betis semasa menentang Luton Town baru-baru ini.

Advertisements

Tomiyasu perlu berehat selama sebulan sebelum menyertai skuad Jepun untuk Piala Asia 2023. Seandainya beliau masih tidak cergas, Moriyasu memerlukan pemain baru yang dapat menggantikannya semasa kejohanan nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram