Ads
Asia Tenggara
Changsuek

Persiapan Thailand ke Piala Asia 2023 bakal dipertingkatkan dengan menerima jemputan aksi persahabatan dengan pasukan gergasi Asia, Jepun.

Advertisements

Pengumuman aksi persahabatan pra-kejohanan itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) di laman media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Perkara ini turut disahkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Advertisements

Berdasarkan pengumuman yang dinyatakan, perlawanan ini bakal diadakan pada 1 Januari 2024 di Stadium Nasional Jepun, Tokyo.

Perlawanan ini bukan saja membantu Thailand menguji lawan berkualiti tinggi seperti Jepun. Malah, pada masa sama, ini membantu Samurai Biru beradaptasi dengan corak lawan dari Asia Tenggara.

Advertisements

Ini kerana Jepun berada dalam Kumpulan D bersama Iraq dan dua pasukan Asia Tenggara, Indonesia dan Vietnam.

Kali terakhir Gajah Perang bertemu dengan Samurai Biru ialah pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada 2017.

Perlawanan tersebut menyaksikan Thailand yang ketika itu dibimbing Kiatisuk Senamuang tewas 4-0 kepada Jepun di Saitama.

Advertisements

Thailand bakal mengharungi kempen Piala Asia 2023 dalam Kumpulan F bersama Arab Saudi, Oman dan Kyrgyzstan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram