Advertising
Jersi Denim Terengganu 2023 Tular Ke Eropah
MakanBola
Terengganu FC

Selepas menarik perhatian penyokong dengan jersi corak belang sekerat, nama Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa. Kali ini, menerusi jersi bercorak denim yang ditampilkan dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang KL City tempoh hari.

Walaupun keputusan perlawanan berakhir dengan 0-0, rekaan jersi buatan Umbro itu menarik perhatian lensa kamera. Jersi bercorak denim itu didakwa diinspirasikan daripada jersi kelab gergasi Perancis musim 2013-2014, Olympique Marseille.

Ad

Antara yang mengulas perihal jersi tersebut ialah Footy Headlines, sebuah portal yang menceritakan pelbagai perkembangan mengenai jersi bola sepak termasuklah dari Liga Malaysia.

Ad

“Jersi baharu Terengganu sememangnya mempunyai warna denim dan kombinasi hitam dan putih untuk perincian logo, kolar, bahu dan lengan. Terdapat juga reka bentuk persis poket yang menarik dengan logo Umbro berada di sebelah kanan bahagian hadapan.

“Bagi melengkapkan lagi rupa yang ditampilkan, kelab juga memakai seluar pendek hitam dan stokin berwarna denim,” tulis Footy Headlines berkenaan jersi tersebut.

Ad

Buat masa ini, Umbro mahupun Terengganu belum mengumumkan sama ada jersi bercorak denim ini bakal menjadi jersi rasmi pasukan atau sudah boleh dibeli penyokong atau tidak. Tetapi seperti jersi sebelumnya, rekaan jersi denim ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penyokong.

Ad