Jersi Terengganu 2023 Tular Ke Luar Negara
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Dua hari lepas, Terengganu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan United untuk perlawanan persahabatan pra-musim mereka. Tetapi yang menarik perhatian para penyokong ialah rekaan jersi skuad Peteh yang dikatakan mirip dengan jersi terburuk milik gergasi Serie A, A.C. Milan.

Hal ini didedahkan oleh portal Footy Headlines, sebuah portal yang menceritakan pelbagai perkembangan mengenai jersi bola sepak termasuklah dari Liga Malaysia.

Dahulu, pada satu ketika, jersi Rossoneri buatan Puma pernah menggunakan corak sekerat pada jersi mereka dengan belang warna merah hitam saja pada bahagian dada. Sementara selebihnya dibiarkan kosong dengan warna putih.

Advertisements

Dari satu segi, corak sekerat yang digunakan hampir sama pada kedua-dua jersi. Cuma yang berbeza ialah penggunaan warna turquoise oleh pembuat jersi Terengganu, Umbro.

Selain rekaan jersi A.C. Milan, Umbro turut menggunakan font nombor sama yang digunakan untuk jersi Chelsea pada musim 2019-2020. Satu-satunya perkara yang membezakan dua jersi tersebut ialah logo penaja diletakkan di bawah nombor jersi Terengganu berbanding logo kelab (Chelsea).

Tidak diketahui apa sebab yang mendorong Umbro menggabungkan dua rekaan itu pada jersi skuad Penyu. Tetapi yang pasti, jersi tersebut mendapat maklum balas positif penyokong yang melihatnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram