Jesse Lingard Beri Sebab Pilih Beraksi Di Korea Selatan
MakanBola
FC Seoul

Bekas pemain kebangsaan England, Jesse Lingard menjelaskan sebab beliau memilih untuk beraksi di Asia bersama FC Seoul bagi musim baharu ini.

FC Seoul baru sahaja mengumumkan kedatangan Jesse Lingard di laman Instagram semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu akui menerima tawaran daripada beberapa kelab. Namun, kesemuanya hanya memberi tawaran secara lisan.

Beliau mendedahkan bahwa hanya FC Seoul sahaja yang betul-betul berminat dengan khidmatnya kerana membuat tawaran secara lisan dan juga bertulis. 

“Saya telah menerima beberapa tawaran sejak musim panas lalu. Bagaimanapun, kelab lain hanya membuat tawaran secara lisan.

Bukan itu sahaja, kelab gergasi Korea Selatan itu juga sanggup terbang ke England untuk melihat keadaan dan situasi Lingard meskipun tawaran itu masih belum dimuktamadkan olehnya. 

Oleh sebab itu, bekas pemain West Ham ini membuat keputusan untuk beraksi di Korea Selatan memilih FC Seoul sebagai kelab untuk meneruskan kariernya.

Kelab gergasi Korea Selatan itu memberi tawaran kontrak selama 2 tahun kepada Jesse Lingard.

“FC Seoul menghantar tawaran bertulis. Dan pegawai kelab menunjukkan keikhlasan mereka dengan datang ke Manchester untuk memeriksa keadaan fizikal saya.

“Pada masa itu, saya memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan FC Seoul, “ katanya memetik laporan Korea Football News

K League 1 akan bermula pada March ini, dan ketika ini adalah aksi pra-musim pasukan sebelum menghadapi Liga.