Jesse Lingard Sertai Kelab Gergasi Korea
Transfer
Fabrizio Romano
Advertisements

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard sah sertai kelab gergasi Korea, FC Seoul yang beraksi dalam saingan K League 1.

Perkara ini diumumkan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahwa pemain kebangsaan England itu baru sahaja selesai ujian kesihatan semalam. Pengumuman rasmi bakal dibuat tidak lama lagi.

Difahamkan, kelab gergasi Korea, FC Seoul telah memberi tawaran kontrak selama 2 tahun kepada Jess Lingard.

Advertisements

Bekas pemain West Ham United itu tidak mempunyai kelab sejak musim lepas (2022/2023). Kelab terakhirnya ialah Nottingham Forest dan beliau hanya beraksi sebanyak 17 perlawanan tanpa sebarang gol dan bantuan jaringan.

Menurut laporan sebelum ini, Jesse Lingard bakal memecah rekod pemain dengan gaji tertinggi di K League dan kelab FC Seoul dengan nilai pasaran RM31 juta.

Keputusan Lingard untuk berhijrah ke luar dari England pastinya mengejutkan ramai pihak. Namun, kehadirannya di Korea Selatan bakal memeriahkan lagi suasana di K League 1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram