Malaysia B-19 berpeluang untuk mendapatkan layak beraksi di Piala Asia B-20 2025.
Skuad kendalian Juan Torres bermula baik apabila menundukkan wakil Timut Tengah, Oman dengan keputusan 2-1.
Momentum cemerlang itu berterusan apabila pasukan muda negara berjaya mengikat Korea DPR dengan keputusan 1-1 dan mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan.
Malaysia B-19 bakal mengesahkan slot ke pentas Piala Asia B-20 2025 sekiranya melakar kemenangan berdepan tuan rumah, Tajikistan.
Ketika ini, Malaysia menghuni tangga kedua kumpulan di belakang Korea DPR dengan Tajikistan tunduk 0-2 di tangan lawan.
Aksi antara Malaysia B-19 dan Tajikistan berlangsung pada 27 September jam 8 malam sebelum perlawanan terakhir menentang Sri Lanka pada 29 September.
10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.
Sebagai rekod, Malaysia B-19 pernah mengikat Tajikistan pada pertemuan kali terakhir tahun 2018.
Kemenangan bakal membolehkan pasukan muda negara ini menempah tiket ke Piala Asia 2025 yang bakal mengumpulkan pasukan terbaik di China.