Pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido perlu berdepan dengan halangan awal iaitu Oman dan Korea.
Skuad muda negara bakal beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20 bermula tidak lama lagi dengan misi mara ke pentas Asia.
Prestasi pasukan muda negara di China kelihatan tidak begitu memberangsangkan apabila tunduk tiga aksi menentang Uzbekistan, Vietnam dan China sebelum berlepas ke Tajikistan.
Ujian awal Malaysia B-19 adalah menentang jaguh Timur Tengah, Oman pada aksi pembukaan, 21 September di Stadium Republican Central, Dushanbe.
Aksi kedua menyaksikan Malaysia B-19 akan menentang DPR Korea selang dua hari berikutnya sebelum menghadapi tuan rumah, Tajikistan.
Sri Lanka bakal menjadi lawan terakhir untuk mengesahkan tempat ke Piala Asia 2025.
10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.