Jodoh pertahanan kental negara, Dion Cools dan Buriram United difahamkan bakal berakhir.
Pemain berusia 27 tahun itu menyertai kelab gergasi Thailand itu pada tahun 2023 daripada FK Jablonec di Republik Czech.
Beliau memainkan peranan penting untuk membawa kejayaan kepada pasukan tersebut setelah menggondol treble musim lalu.
Pencapaian membanggakan itu diteruskan apabila Buriram United mengekalkan mahkota kejuaraan Thai League musim ini dengan Cools memainkan peranan berbeza dalam pasukan.
Kontrak bekas bintang Club Brugge ini bagaimanapun menjadi tanda tanya selepas difahamkan masanya bersama Buriram United bakal berakhir.
Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, kontrak pemain kelahiran Sarawak ini bakal tamat 30 Jun 2024 bersama Buriram United.
Dion Cools juga telah dikaitkan dengan kepulangan semula ke Belgium selepas dua kelab dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Buriram United juga difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Melbourne City, Curtis Good dengan kontrak pemain berusia 31 tahun itu bakal tamat Jun ini bersama kelabnya.
Beliau kini dipanggil dalam senarai 26 pemain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.