Jodoh JDT & Jalil Elias Dilaporkan Bakal Berakhir
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jodoh pemain tengah Syria, Jalil Elias bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan akan berakhir.

Ini selepas wartawan sukan Argentina, Uriel Iugt melaporkan kontrak pemain tengah berusia 29 tahun itu akan berakhir pada bulan ini.

Iugt turut melaporkan Elias juga sedang menimbang beberapa tawaran daripada kelab-kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

“Kontrak beliau (Jalil Elias) bersama Johor akan berakhir pada Jun dan beliau sedang menimbang beberapa tawaran,” katanya di X.

Sebelum ini, Elias dikaitkan dengan perpindahan ke dua kelab Argentina, Atletico Belgrano dan San Lorenzo. Malangnya, kesemua khabar angin perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.

Selepas hanya membuat satu penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25, Elias dipinjamkan ke kelab Velez Sarsfield.

Tempohnya bersama El Fortin menyaksikan kelab itu menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama sejak Supercopa 2013.