Advertising
Jalil Elias Kempunan Kembali Ke San Lorenzo
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Hasrat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias untuk kembali menyertai kelab lamanya, San Lorenzo tidak kesampaian.

Ini selepas usaha perpindahan pinjaman yang direncana kelab Argentina itu tidak membuahkan hasil menerusi satu laporan Vamos Ciclon.

Ad

Sebelum ini, Los Santos dilihat pilihan utama untuk mendapatkan Elias secara pinjaman dari JDT. Malah, pasukan itu dilaporkan sudah mengatur ujian perubatan buat pemain tengah berusia 28 tahun itu.

Ad

Walau bagaimanapun, perpindahan pinjaman itu gagal direalisasikan San Lorenzo. Ini kerana perpindahan pemain tengah kelab itu, Elian Irala ke SC Internacional gagal direalisasikan.

Selain itu, pengurusan Los Santos dilaporkan tidak berhubung dengan Elias selama beberapa hari berhubung perkara tersebut.

Ad

Hal ini menyebabkan pemain tengah berdarah Syria itu meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram Story terhadap pengurusan kelab berkenaan.

Ad
Gle0HrkWIAIAf1o Jalil Elias Kempunan Kembali Ke San Lorenzo

“Penyokong menjadikan sesebuah kelab itu hebat,” katanya. Elias turut meletakkan simbol hati berwarna merah dan biru yang melambangkan San Lorenzo.

Ad

Elias bukan saja pernah merekodkan 117 penampilan dan lima gol buat Los Santos. Malah, beliau juga pernah menggalas peranan sebagai kapten semasa kelab itu dibimbing Ruben Dario Insua.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments