John Herdman Dilantik Jurulatih Baharu Indonesia
MakanBola
MLS

Indonesia sah melantik jurulatih England, John Herdman sebagai jurulatih baharu skuad senior negara itu.

Pelantikan jurulatih 50 tahun itu diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan teka-teki siapa jurulatih baharu Indonesia. Sebelum pelantikan Herdman disahkan, nama-nama seperti Bojan Hodak dan Giovanni van Bronckhorst dikaitkan dengan kerusi panas tersebut.

“PSSI rasmi mengumumkan John Herdman sebagai jurulatih baru Tim Nasional Indonesia, pada Sabtu, 3 Januari 2026, menandakan bermulanya era baru sepak bola nasional.

“Herdman bukan sekadar jurulatih tetapi juga pengendali berpengalaman arsitek berpengalaman yang membawa pasukan ke Piala Dunia.

“PSSI bersemangat menyambut kehadiran jurulatih berusia 50 tahun tersebut. Setiap pencapaian Herdman menjadi alasan utama pengumuman ini,” kata PSSI dalam satu kenyataan.

Herdman mencipta sejarah sebagai satu-satunya jurulatih yang membawa skuad lelaki dan wanita kebangsaan ke Piala Dunia.

Selepas melakukannya bersama skuad wanita New Zealand untuk Piala Dunia Wanita 2007 dan 2011, beliau mengulangi pencapaian sama untuk skuad lelaki Kanada pada edisi 2022 di Qatar.

Pencapaian itu turut membantu melonjakkan kedudukan ranking FIFA Kanada dari kedudukan ke-77 kepada kedudukan ke-33 dunia.

Herdman bakal mengharungi jadual padat bersama Indonesia untuk tahun 2026. Selain saingan FIFA Series, Indonesia juga bersiap sedia mengharungi saingan ASEAN Championship 2026.

Claim Money Packet TnG