Jordan Bangkit Kejutkan Qatar
MakanBola
Qatar FA
Sponsors

Jordan bangkit menewaskan Qatar 2-1 dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia.

Qatar terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan sewaktu minit ke-16 hasil jaringan pemain sayap Akram Afif.

Ad
Sponsors

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Qatar mendahului Jordan 1-0.

Ad

Memasuki babak kedua perlawanan, Jordan kembali mengatur serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas 5 minit permainan bersambung.

Penyerang Yazan Al-Naimat mencetak nama selaku penjaring gol bagi Jordan.

Ad

Kemudian giliran Ali Olwan pula menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti sekali gus meletakkan Jordan dihadapan.

Ad

Tamat perlawanan, Jordan menewaskan Qatar 2-1 hasil kebangkitan pada babak kedua permainan.

Ad

Kemenangan ini kembali meningkatkan keyakinan Jordan setelah pasukan itu tewas 1-2 ke atas Lubnan tempoh hari.

Jordan akan bertemu Jepun sebagai aksi terakhir pemanas badan pada 9 Januari sebelum turun melawan Malaysia untuk perlawanan pertama kumpulan E kelak.

Qatar seterusnya akan memulakan kejohanan Piala Asia apabila bakal berdepan ujian Lubnan pada 13 Januari ini.