Jordan menerima keputusan mengejutkan apabila diikat pasukan ke-135 dunia dengan keputusan 1-1.
Finalis Piala Asia 2023 itu turun dengan momentuk terbaik dengan rekod dua kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan pada peringkat kumpulan.
Nama-nama seperti Mousa Al-Taamari, Yazan Al-Naimat, Nizar Al-Rashdan dan juga Yazan Al-Arab berada dalam kesebelasan utama menentang satu lagi negara Timur Tengah, Kuwait.
Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang menerusi hantaran-hantaran jauh untuk membelah pertahanan lawan.
Penyerang berbisa Jordan, Yazan Al-Naimat melepaskan rembatan berbisa untuk meletakkan pasukannya di hadapan seawal minit ke-20 permainan.
Rembatan kencang Mousa Al-Tamari hampir meletakkan pasukan di hadapan namun sepakannya melepasi palang gol.
Bersambung babak kedua, Kuwait bermula garang apabila hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan deras Eid Al-Rashidi hanya sedikit melepasi tiang gol Jordan.
Kelebihan beraksi di laman sendiri dimanfaatkan oleh Kuwait apabila memperoleh jaringan penyamaan selepas Muhammad Daham merembat dari jarak jauh menewaskan Yazeed Abulaila.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan ini menyaksikan Jordan dan Kuwait terikat dengan keputusan 1-1 buat kali kedua selepas pertemuan kali pertama pada bulan September.
Jordan kini menghuni tangga ke-3 kumpulan dengan 9 mata manakala Kuwait di tangga ke-5 dengan 4 mata selepas 6 perlawanan yang diharungi.