Ads
Jordan ‘Terbang’ Ke Malaysia
Asia
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Jordan bakal terbang ke Malaysia bagi aksi kedua pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Naib juara Piala Asia 2023 itu menerima tamparan hebat sebelum ini apabila diikat pasukan ke-136 dunia, Kuwait dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Aksi kedua menyaksikan pasukan kendalian Jamal Sellami bakal terbang ke Malaysia bagi menentang Palestin.

Advertisements
Advertisements

Umum mengetahui bahawa skuad kebangsaan Palestin bakal menjadikan gelanggang di Malaysia sebagai venue rasmi sebagai venue tuan rumah hasil jasa baik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Palestin yang kini dibimbing oleh Makram Daboub menerima suntikan moral tambahan apabila berjaya meraih satu mata menentang Korea Selatan.

Advertisements

Perlawanan penting ini pasti mahu dimanfaatkan oleh Palestin bagi meraih 3 mata pertama menentang Jordan yang dilihat sedikit bergelut.

Aksi Palestin dan Jordan bakal berlangsung di Stadium Cheras pada 10 September 2024 jam dengan tiket bagi aksi Palestin-Jordan telah pun dibuka dengan harga serendah RM8.60 bagi penonton kanak-kanak.

Advertisements

Sementara itu, bagi orang dewasa, tiket dijual pada harga RM44.29 bagi kemasukan di kesemua pintu masuk B, C dan juga D.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram