Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Stadium Cheras telah dibuka buat orang ramai.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras telah dipilih sebagai venue tuan rumah bagi Palestine.
Palestine juga telah hadir ke Malaysia untuk melakukan latihan minggu lalu bagi persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Korea Selatan dan Jordan.
Menerusi tinjauan di laman Tickethotline, jualan tiket bagi aksi Palestine-Jordan di Stadium Cheras telah pun dibuka dengan harga serendah RM8.60 bagi penonton kanak-kanak.
Sementara itu, bagi orang dewasa, tiket dijual pada harga RM44.29 bagi kemasukan di kesemua pintu masuk B, C dan juga D.
Pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia, Palestin berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan tanpa jaringan di Stadium Piala Dunia Seoul pada Khamis.
Finalis Piala Asia, Jordan bakal menjadi lawan kedua buat Palestin dan perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 10 September dengan sepak mula jam 10 malam.