Jordi Amat Tak Sabar Hadapi Shanghai Shenhua
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui tidak sabar menghadapi wakil China, Shanghai Shenhua dalam aksi kedua Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Sebelum ini, bek tengah Indonesia itu tidak dapat diturunkan dalam beberapa perlawanan membabitkan JDT selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki.

Ad

Ini termasuk aksi final Piala FA 2024 di mana Harimau Selatan muncul juara buat kali keempat dalam sejarah kejohanan. Situasi itu juga menyebabkan Amat hanya berada di bangku simpanan untuk aksi pertama Liga Timur ACLE menentang Shanghai Port pada 18 September lalu.

Ad

Kini, Amat mengesahkan dirinya sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut. Dan bekas bek tengah Swansea City itu bersedia untuk beraksi menentang Shenhua jika diperlukan oleh jurulatih, Hector Bidoglio.

“Ya, semakin bagus setiap hari. Sebelum ini, saya mengalami kecederaan serius pada pergelangan kaki. Tapi sekarang, (keadaan pergelangan kaki) saya rasa cukup bagus. Saya tak sabar untuk membantu pasukan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Amat mengakui persaingan untuk merebut slot kesebelasan utama Harimau Selatan terutama di bahagian pertahanan cukup sengit. Di posisi bek tengah sahaja, beliau perlu bersaing dengan Feroz Baharudin, Shane Lowry, Park Jun-heong, Junior Eldstal dan Shahrul Saad.

Ad

Pada masa sama, Amat melihat ini sebahagian daripada proses menjadikan JDT lebih mantap terutama bila bersaing di pentas Asia.

Ad

“Ya, macam saya kata dalam sidang media, setiap tahun JDT menjadi semakin bagus. Kita menunjukkan peningkatan, membawa masuk pemain-pemain berkualiti. Jadi, kita semakin berkembang.

“Ia sesuatu yang penting dan bagus untuk kelab dan pasukan. Macam saya katakan, jika anda perlu bersaing untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan utama, tempat ini tempat terbaik untuk jadi lebih bagus dan tidak pernah leka.

“Jadi, ia sebahagian daripada proses dan saya amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan,” ujarnya.

JDT bakal berentap dengan Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 1 Oktober ini.