ACLE: Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan mata pertama pada kempen Asia musim ini apabila mengikat jaguh China, Shanghai Port.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi merakamkan 3 mata pertama pada aksi pembukaan.
Peluang terbaik JDT hadir menerusi percubaan Oscar Arribas pada minit ke-22 namun sepakannya melambung ke atas gawang.
Usaha tidak mengenal erti penat itu akhirnya ditamatkan apabila pemain sayap sensasi, Arif Aiman melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Shanghai Port, Yan Junling pada minit ke-43.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, tuan rumah pantas menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisa, Gustavo di hadapan gawang lawan.
Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila bisa Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu meledak jaringan kedua pada minit ke-56.
Situasi kelam-kabut dalam kotak penalti dimanfaatkan oleh Shanghai Port yang menjaringkan gol penyamaan menerusi ledakan Willian Popp.
Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
JDT akan melayan kunjungan satu lagi kelab China, Shanghai Shenhua bagi aksi kedua ACLE pada 1 Oktober 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.