Advertising
Arif Aiman Buka Akaun Jaringan JDT Di ACLE
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi membuka akaun jaringan di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) buat JDT hari ini.

Menentang wakil dari China, Shanghai Port melayan kunjungan JDT di Stadium SAIC Motor Pudong Arena untuk aksi pertama buat kedua-dua pasukan di ACLE.

Diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Hector Bidoglio untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan, Arif membalas kepercayaan tersebut apabila mencatat jaringan pertama perlawanan.

Ad

Pada minit ke-46 permainan, pemain lincah ini tenang menggelecek bola ke kubu pertahanan Shanghai Port.

Gerakan individu Arif itu cukup berbaloi apabila pemain berusia 22 tahun berjaya melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti.

Ad
Ad

Rembatan deras Arif terus menggegar jaring pasukan tuan rumah sekaligus menewaskan penjaga gol Shanghai Port, Yan Junling.

Gol tersebut merupakan jaringan tunggal perlawanan di babak pertama permainan. Keputusan semasa, Shanghai Port 0-1 JDT.