Jose Gimenez Bakal Berdepan Penggantungan 15 Perlawanan
Piala Dunia
Infiltrado Blanco
Advertisements

Bek tengah Uruguay dan Atletico Madrid, Jose Gimenez bakal berdepan kemungkinan digantung 15 perlawanan oleh FIFA. Ini selepas wujud insiden dia telah menyiku pengarah pertandingan FIFA semasa menyertai beberapa pemain Uruguay mengejar pengadil susulan kegagalan La Celeste layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022.

https://twitter.com/GilCalderXD/status/1599024806787428353

Rakaman televisyen jelas menunjukkan Gimenez telah menyiku pengarah pertandingan semasa menyertai beberapa pemain Uruguay membantah keputusan perlawanan Uruguay-Ghana. Selain itu, bek tengah Los Rojiblancos didapati turut memaki pasukan pengadil perlawanan dengan kata-kata kesat. Rakaman ucapan kesat Gimenez itu dimuatnaik di laman media sosial pasca-perlawanan Uruguay-Ghana.

Kebiasaannya, hukuman untuk kelakuan sebegini ialah penggantungan tiga perlawanan. Tetapi dengan tambahan rakaman video insiden Gimenez menyiku pegawai FIFA selepas tamat perlawanan, ini boleh menyebabkan bek tengah La Celeste itu tidak dapat beraksi sebanyak 15 perlawanan.

Advertisements

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu hanya terpakai kepada pasukan kebangsaan atau turut dipanjangkan untuk perlawanan bersama Atletico Madrid. Tetapi Jawatankuasa Disiplin FIFA mempunyai rujukan kes awal bagi menyelesaikan masalah ini iaitu kes Luis Suarez menggigit Giorgio Chiellini.

Susulan insiden tersebut pada Piala Dunia 2014, Suarez bukan saja digantung sembilan perlawanan. Malah, bekas penyerang Liverpool itu turut dikenakan penggantungan daripada semua aktiviti bola sepak selama empat bulan atas apa yang berlaku.

Dengan mengambil kira tahap kesalahan Gimenez, bek tengah La Celeste itu perlu mengharapkan belas ihsan jawatankuasa disiplin agar tidak mengenakan hukuman keras ke atas dirinya. Jika benar dia akan digantung selama 15 perlawanan, ia bakal memeningkan kepala pengurusnya di Atletico, Diego Simeone tentang siapa pengganti Gimenez di bek tengah. Ini termasuk kemungkinan mendapatkan bek tengah secara pinjaman bagi memastikan usaha memburu slot UCL La Liga Atletico tidak terjejas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram