Jose Mourinho Bakal Jadi Jurulatih Kelab Asia?
Asia
Jose Mourinho
Advertisements

Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho tidak menolak peluang menjadi jurulatih di Arab Saudi pada masa hadapan.

Sebelum ini, bekas pengurus Manchester United itu ditawarkan gaji £26 juta (RM152 juta) setahun untuk melatih Al-Hilal pada musim panas lepas tetapi tawaran tersebut ditolak beliau.

Begitupun, menerusi satu temubual bersama MBC, Mourinho dilihat terbuka dengan prospek menjadi jurulatih di negara itu.

Advertisements

“Saya akan pergi ke Arab Saudi dengan masa yang terluang tapi saya yakin saya akan bekerja di sana. Saya tak tahu bila tapi saya amat pasti tentangnya.

“Saya komited dengan kerja saya bersama AS Roma dan saya mahu berikan segala-galanya kepada kelab sehingga ke hari terakhir,” katanya seperti dilaporkan Daily Mirror.

Komen ini timbul selepas Giallorossi berdepan prestasi buruk dalam Serie A musim ini. Malah, ada laporan mengatakan Mourinho bakal dibuang sekiranya Roma gagal menewaskan Cagliari.

Advertisements

Bagaimanapun, Giallorossi memastikan kedudukan pengurus mereka masih selamat dengan membelasah Rossoblu 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram