Jose Mourinho Tolak Tawaran RM152 Juta Al-Hilal Mentah-Mentah
Asia
AS Roma
Advertisements

Hasrat kelab gergasi Saudi Pro League, Al-Hilal mendapatkan khidmat pengurus AS Roma, Jose Mourinho tidak kesampaian hari ini. Ini selepas bekas pengurus Manchester United itu menolak tawaran kontrak bernilai €30 juta (RM152 juta) semusim daripada The Blue Waves.

Sekiranya Mourinho menerima tawaran tersebut, ini bakal menjadikan bekas pengurus Chelsea itu sebagai jurulatih yang menerima gaji termahal di dunia.

Tetapi berdasarkan fakta yang dikumpul wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, Mourinho yang dikenali sebagai The Special One dilihat komited dengan Giallorossi. Ini berlaku biarpun kontraknya bakal berakhir pada musim hadapan.

Advertisements

Penolakan ini memaksa pengurusan Al-Hilal terpaksa meneruskan pencarian pengurus baru mereka. Sebelum ini, akhbar Daily Mail mendedahkan The Blue Waves cuba mendapatkan pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dengan nilai kontrak £17 juta (RM100 juta) tetapi gagal.

Seperti Mourinho, penolakan tersebut dibuat selepas Allegri komited untuk memulihkan kembali reputasi Juve sebagai pasukan gergasi Serie A.

Advertisements

Dengan La Vecchia Signora dihantui skandal kewangan musim lepas, sudah pastinya mereka mahu bangkit untuk musim baru Serie A di bawah bimbingan bekas pengurus A.C. Milan itu.

Hal ini pastinya merungsingkan pengurusan Al-Hilal yang tercari-cari siapa yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Argentina, Ramon Diaz.

Advertisements

Diaz yang membantu kelab menjulang King’s Cup musim lepas dan bergelar naib juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 meninggalkan The Blue Waves pada akhir Mei lepas atas sebab keluarga.

Ini bagi memberi peluang kepada Diaz untuk berkabung selepas isterinya, Barbara Oliver, terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Argentina pada Mac lepas.

Advertisements

Susulan itu, anak beliau merangkap penolong jurulatih, Emiliano Diaz dilantik sebagai pemangku jurulatih bagi membantu Al-Hilal menamatkan kempen Saudi Pro League musim lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram