Aksi Hari Perlawanan 14 saingan J1 League 26-27 menyaksikan Cerezo Osaka dan watak utama pasukan, Dion Cools berjaya melakar kemenangan ke atas Gamba Osaka pada akai derbi cukup panas dengan keputusan 3-2.
Pasukan kendalian Pablo Machin tampil dengan kesebelasan terbaik bagi menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan. Sementara itu, lawan memiliki rekod baik selepas tidak tewas dalam enam aksi terakhir.
Beraksi di Stadium Panasonic Suita, Jepun, tuan rumah terlebih dahulu mengatur gerak untuk mencari jaringan pembukaan perlawanan.
Cerezo Osaka bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-10 apabila pertahanan kental, Rikito Inoue menanduk masuk jaringan pembukaan susulan hantaran dari sepakan penjuru oleh Lucas Fernandes.
Peluang terbaik oleh tuan rumah hadir menerusi percubaan Issam Jebali pada minit ke-33 sebelum rembatannya itu diselamatkan oleh Kosuke Nakamura.
Pemain sayap Cerezo, Lucas Fernandes hampir menambah jaringan kedua pasukan namun rembatan derasnya sedikit tersasar ke bahagian kiri gawang lawan pada minit ke-38 permainan.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan kelebihan buat pasukan pelawat dengan jaringan 1-0.
Bersambung babak kedua, usaha mendapatkan jaringan penyamaan giat dilakukan oleh tuan rumah menerusi gerakan serangan balas pantas.
Jaringan penyamaan hadir menerusi percuban Issam Jebali apabila melepaskan rembatan kencang dari bahagian tengah 30 ela, menewaskan penjaga gol Cerezo, Kosuke Nakamura pada minit ke-55.
Sembilan minit berselang, pasukan pelawat kembali di hadapan selepas percubaan pemain berpengalaman, Pablo Saabag hasil menewaskan Masaaki Highashiguchi.
Hayato Okuda menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-74 sebelum Eli Adams kembali merapatkan jurang menerusi jaringan cantik, pada minit ke-81 permainan.
Tambahan masa enam minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan, sekali gus menyaksikan kemenangan buat Cerezo Osaka.
Sebagai rekod, Cools beraksi dalam kesemua 14 perlawanan bersama Cerezo Osaka bagi saingan liga musim ini dan menjadi watak penting pada posisi pertahanan pasukan.
Beliau menerima penilaian 7.0 oleh laman SofaScore susulan persembahan cemerlang selaku pertahanan tengah pada perlawanan ini.
Kemenangan memastikan Cerezo Osaka mengumpul 17 mata selepas 14 aksi, naik ke tangga ke-11 manakala Gamba Osaka terpelosok di tangga ke-17 carta liga dengan hanya 12 mata.
Aksi Hari Perlawanan 15 menyaksikan Cerezo Osaka bakal melayan tentangan Tokyo jam 2.00 petang (waktu Malaysia)sementara Gamba Osaka berdepan Fagiano Okayama pada 21 November 2026.


