Asia

David Silva ‘Tapau’ Liga Hong Kong Pada Usia 40 Tahun

Silva Supreme Sha Tin FC David Silva ‘Tapau’ Liga Hong Kong Pada Usia 40 Tahun
Supreme Sha Tin FC
Advertisements

Legenda Sepanyol, David Silva kembali mempamerkan sengat dalam saingan liga Hong Kong.

Selepas kali terakhir beraksi buat kelab LaLiga, Real Sociedad tiga tahun lalu, Silva kembali beraksi untuk Supreme Sha Tin FC pada usia 40 tahun.

Penampilan pertama legenda Manchester City itu untuk kelab berkenaan menyaksikan beliau bukan saja mencetak gol buat Sha Tin.

Malah, Silva turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan antara kelab itu dan Hong Kong Rangers. Beliau beraksi selama 84 minit dalam perlawanan itu.

Hong Kong Rangers bernasib malang apabila pengadil mengesan bola terkena tangan Li Wing-ho dalam kotak penalti. Silva tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-56.

Rangers kemudiannya bangkit mengejar dan menyamakan kedudukan bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Silva merekodkan 125 penampilan antarabangsa bersama Sepanyol. Selain City dan Sociedad, beliau juga pernah mewakili satu lagi kelab LaLiga, Valencia.