China membawa barisan terkuat menjelang dua aksi antarabangsa menentang Malaysia dan Bahrain pada November ini.
Ini berdasarkan senarai pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak China (CFA) di semua platform rasmi badan induk itu termasuk Weibo.
Selepas tewas dalam tiga aksi terakhir mereka pada September dan Oktober lalu, Shao Jiayi berdepan tekanan untuk memulihkan semula moral anak buahnya.
Lantas, Jiayi memanggil ramai tonggak senior dalam skuad kali ini. Antaranya Jiang Guangtai (Tyias Browning), Jiang Shenglong, Yan Junling, Behram Abduweli dan Zhang Yuning.
Seperti dijangka, Wei Shihao tiada dalam senarai pemain yang dipanggil. Ini disebabkan Shihao perlu menjalani penggantungan selepas dibuang padang dalam aksi menentang Tajikistan.
Jiayi turut memanggil bintang muda Yunnan Yukun, Bunyamin Abdusalam dalam skuad kali ini.
China berharap dapat meraih keputusan positif dalam dua aksi antarabangsa ini sebelum bersiap sedia menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2030 pada tahun hadapan.


