Asia

Bayangan Awal Skuad China Hadapi Malaysia Tertiris

China AFC Bayangan Awal Skuad China Hadapi Malaysia Tertiris
AFC
Advertisements

China dilaporkan sudah memiliki bayangan awal untuk skuad mereka menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia pada November ini.

Portal 163.com melaporkan jurulatih China, Shao Jiayi berpotensi tidak memanggil kapten pasukan itu, Wei Shihao.

Ini kerana pemain berusia 31 tahun itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning ketika menentang Tajikistan.

Justeru, tiga nama berpotensi menjadi pilihan Jiayi untuk mengetuai skuad China bagi menghadapi dua aksi antarabangsa November ini.

Tiga nama tersebut ialah Wu Xi, Zhang Yuning dan Zhu Chenjie. Selain mereka, satu lagi nama turut dicanang jika terpilih menyertai skuad China iaitu Wang Shangyuan.

Tidak kira siapa pilihan Jiayi, China dilihat mahu tampil lebih baik selepas gagal meraih sebarang kemenangan pada bulan Oktober.