Sukan Asia: Azizulhasni Awang Sambar Pingat Gangsa Acara Pecut
UltraSukan
UCI

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa untuk acara pecut di Velodrom Izu, Shizuoka.

Selepas terlepas peluang merebut pingat emas dalam acara itu, beliau memastikan pingat gangsa dalam genggaman dengan menewaskan jaguh Thailand, Jai Angsuthasawit.

Azizulhasni meraih kemenangan pertama dalam perlumbaan pecut pertama selepas Jai gagal melengkapkan pusingan perlumbaan itu.

Kemenangan sah menjadi milik pelumba berusia 38 tahun itu apabila beliau mengungguli perlumbaan pecut kedua. Ini bukan saja memastikan kem negara menambah koleksi pingat dalam acara berbasikal trek.

Malah, pingat gangsa Azizulhasni merupakan pingat gangsa ke-13 Malaysia dalam Sukan Asia 2026 setakat ini.

Kejayaan pingat gangsa dijangka merangsang semangat beliau untuk memburu pingat emas dalam acara keirin selepas ini.