Josh Brownhill Jaringkan Gol Penting, Perkukuh Kedudukan Liga Burnley
MakanBola
Burnley FC
Sponsors

Pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill memastikan Burnley terus menghuni kedudukan dua teratas Liga Kejohanan musim 2024/25.

Ini selepas sepakan penaltinya pada minit ke-26 cukup untuk membantu The Clarets menewaskan Plymouth dalam aksi terbaru liga pada 1 Oktober lalu.

Ad
Sponsors

Kemenangan kelima Burnley dalam Liga Kejohanan merapatkan jurang pasukan itu dengan pendahulu liga, Sunderland kepada satu mata.

Ad

Ini gol keempat Brownhill dalam semua kejohanan untuk Burnley musim ini. Dan pemain berusia 28 tahun itu gembira membantu pasukan itu meraih tiga mata di gelanggang keramat mereka, Turf Moor.

“Selamat pagi, tiga mata, kemenangan atas padang, bagus. Jumpa anda pada Sabtu ini,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

Sebaik hantaran tersebut dimuat naik, beberapa pemain yang memiliki darah warisan Malaysia turut meninggalkan komen selamat berjaya di ruang komen Brownhill. Antara pemain yang berbuat demikian ialah Taylor Moore dan Zian Flemming.

Ad

Nama Brownhill mula dikenali peminat Harimau Malaya apabila laman Frfuturetalents mendedahkan bekas pemain tengah Preston itu memiliki darah warisan Malaysia.

Ad

Perkara ini kemudiannya disahkan sendiri Brownhill menerusi satu hantaran e-mel kepada laman berkenaan. Beliau turut memaklumkan bersedia menimbang kemungkinan mewakili Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Selain Preston dan Burnley, bekas graduan akademi Manchester United itu pernah beraksi untuk Barnsley dan Bristol City. Transfermarkt meletakkan nilai terbarunya sekitar €13 juta (RM72 juta).