Ads
Kapten Burnley, Joshua Brownhill Sahkan Ada Darah Malaysia
Harimau Malaya
Burnley FC

Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill mengesahkan bahawa dirinya benar-benar berketurunan Malaysia.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan secara rasmi oleh laman Frfuturetalents mengenai perkhabaran seorang lagi tonggak yang berpotensi mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl memberitahu bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sudah pun berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements
Advertisements

Seorang lagi bintang ternama Eropah dijangka bersedia untuk beraksi buat skuad kebangsaan iaitu Brownhill.

Pemain berusia 28 tahun ini beraksi buat Burnley FC di Championship telah mengesahkan bahawa dirinya berketurunan Malaysia.

Advertisements

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” jelasnya kepada Frfuturetalents.

Bekas pemain Akademi Manchester United ini memiliki nilai pasaran sekitar 15 Juta Euro (RM72 Juta) dan bakal menjadi pemain termahal di Asia Tenggara sekiranya menjadi kenyataan.

Beliau telah beraksi 4 perlawanan pada musim inindan menjaringkan dua gol dalam semua kejohanan setakat ini.

Advertisements

Tonggak kelahiran England ini beraksi sebagai pemain tengah dan juga tengah menyerang sepanjang kariernya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram