Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain terkemuka Belanda, Mats Deijl.
Perkara ini disahkan oleh Presiden FAM, Darul Hamidin Mohd Amin dalam satu sesi sidang media hari ini.
Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti bahawa telah dihubungi oleh seorang pemain yang beraksi di Eridivisie iaitu liga utama Belanda.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah pertahanan kental Go Ahead Eagles, Mats Deijl.
Tonggak berusia 27 tahun itu beraksi di Eridivisie dan menjadi antara salah seorang tunjang utama bersama kelabnya.
Beliau memaklumkan kepada Pau Marti bahawa dirinya berketurunan Malaysia menerusi datuknya yang berasal dari Malaysia.
“Pemain yang dimaksudkan ini ialah Mats Deijl dari Belanda. Beliau memaklumkan bahawa datuknya berasal dari Malaysia.
“Kita sedang dalam proses dan kita ketika ni bersama jurulatih dan staf sedang melakukan penilaian untuk membolehkannya mewakili negara,” ujar Hamidin.
Sekiranya proses berjalan lancar, beliau bakal memperkuat Harimau Malaya bersama seorang lagi pemain, Wan Kuzain yang sah bakal mewakili negara.
Beliau boleh beraksi pada beberapa posisi pertahanan seperti pertahanan tengah dan kanan.