Advertising
Pau Marti ‘Tak Lupa’ Danial Amier
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuktikan bahawa beliau merupakan jurulatih yang sentiasa memantau kemenjadian prestasi pemain dalam saingan Liga Super musim ini.

Ianya telah dibuktikan apabila beberapa pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang telah dipanggil ke skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2024 bulan hadapan.

Ad

Namun yang lebih menarik lagi, pemain Kuching City FC, Danial Amier Norhisham turut tersenarai dalam senarai bersedia jika mana-mana di antara 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad kebangsaan terpaksa disisihkan.

Ad

Ini membuktikan prestasi Danial bersama Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim ini sentiasa dipantau rapi oleh panel kejurulatihan yang diketuai Pau Marti.

Sebelum ini, Danial pernah memberitahu media bahawa beliau mempunyai sasaran peribadi untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan dan dalam masa yang sama mahu memberikan yang terbaik buat Kuching City.

Ad

“Sudah tentu Boy (panggilan mesra Danial) sebagai pemain dan pernah bersama skuad kebangsaan sebelum ini, itu antara sasaran peribadi (kembali) bersama skuad kebangsaan.

Ad

“Memang saya nak fokus bersama Kuching City, untuk tolong pasukan dan bagi yang terbaik untuk tolong Kuching City,” katanya kepada media.

Ad

Selain Danial Amier, beberapa pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia turut tersenarai di dalam senarai bersedia seperti Jafri Firdaus Chew, Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan Declan Lambert.