Joshua Brownhill Wira Burnley, Hampiri Tangga Teratas Liga
MakanBola
Burnley FC
Sponsors

Pemain tengah warisan Malaysia, Joshua Brownhill muncul wira Burnley dengan meledakkan gol kemenangan ketika menentang Portsmouth.

The Clarets memburu satu lagi kemenangan untuk merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas Liga Kejohanan, West Brom dan Sunderland. Manakala Pompey pula memburu kemenangan pertama dalam liga.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan Portsmouth berusaha memburu gol awal. Usaha mereka turut didorong oleh rekod di mana Burnley hanya mengalahkan Pompey sebanyak dua kali dalam 14 perlawanan silam.

Ad

Trend itu mahu diteruskan anak buah John Mousinho. Selain kelihatan kebal di bahagian pertahanan, Portsmouth kelihatan merbahaya menerusi pemain-pemain seperti Josh Murphy dan Callum Lang.

Pompey terpaksa menunggu sehingga minit ke-42 untuk memecah kebuntuan menerusi Lang. Ini gol ketiganya bersama pasukan itu untuk musim 2024/25.

Ad

Burnley yang masih segar daripada kejayaan menewaskan Leeds United berusaha mencari gol penyamaan. Walau bagaimanapun, keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, The Clarets yang dibimbing Scott Parker terus buntu mencari gol penyamaan.

Ini kerana setiap gerakan serangan yang direncana tuan rumah kerap digagalkan barisan pertahanan Portsmouth diketuai Regan Poole.

Keadaan ini mendorong Parker memasukkan Jeremy Sarmiento, Josh Laurent dan seorang lagi pemain warisan Malaysia, Zian Flemming.

Kemasukan trio berkenaan menghasilkan gol penyamaan yang dicari-cari The Clarets. Sarmiento melepaskan rembatan lencong tepat ke penjuru jauh gawang Portsmouth pada minit ke-63.

Tatkala perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Brownhill muncul wira dengan meledakkan gol kedua pada minit ke-94. Keputusan ini menyaksikan Burnley kini mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang pendahulu liga, West Brom.

Selepas ini, The Clarets bakal menentang satu lagi pendatang baru Liga Kejohanan, Oxford United pada 28 September.