Ads
Berita Joshua Brownhill Ke Malaysia Jadi Bualan Eropah
Harimau Malaya
Burnley FC

Nama kapten Burnley, Joshua Brownhill menjadi bualan di Eropah selepas beliau terbuka dengan idea mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Sebelum ini, pemain tengah berusia 28 tahun itu mendedahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran e-mel beliau kepada Future Talents baru-baru ini.

Advertisements

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui nenek saya, yang merupakan sesuatu yang amat saya banggakan.

Advertisements
Advertisements

“Walaupun saya memberi tumpuan kepada kerjaya kelab saya sehingga sekarang, kemungkinan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang saya akan terbuka untuk mempertimbangkan,” katanya.

Sejak hal itu didedahkan, nama Brownhill menjadi bualan penyokong The Clarets terutama di Eropah. Salah satu daripadanya ialah Claret Xtra.

Advertisements

“Kapten kelab, Josh Brownhill terbuka dengan idea mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya di platform X.

Dan ini bakal disemarakkan lagi menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau memaklumkan nama Brownhill dan bintang muda PSV Eindhoven, Iggy Houben kini dalam radar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kapten Burnley FC Josh Browhill dan pemain muda PSV Eindhoven Iggy Houben yang merupakan pemain berdarah campuran, difahamkan berada dalam radar FAM untuk mewakili Harimau Malaya dan akan kekal beraksi di Eropah!” katanya di X.

Berdasarkan semakan terbaru nilai Brownhill dalam pasaran perpindahan pemain, beliau memiliki nilai pasaran €15 juta (RM72 juta). Sekiranya beliau sah mewakili skuad negara, maka Brownhill bakal menjadi pemain termahal di Asia Tenggara.

Advertisements

Beliau sudah merekodkan 172 penampilan bersama The Clarets termasuk empat penampilan dalam Liga Kejohanan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram