Sebuah kelab Turkmenistan mencipta kejutan dengan mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Yokary Liga, liga utama negara itu.
Footy Rankings mendedahkan rekod tersebut dipegang oleh kelab FK Arkadag, sebuah kelab baru yang ditubuhkan pada tahun 2023.
Daripada 20 kemenangan yang diraih mereka, kelab tersebut turut merekodkan rekod tanpa bolos sebanyak 11 kali.
Selain itu, FK Arkadag membuktikan mereka bukan pasukan yang dipandang remeh dengan menjaringkan 70 gol dan dibolosi 14 kali dalam liga.
Dengan baki empat perlawanan liga, Arkadag mempunyai peluang mengulangi kejayaan kelab Scotland, Glasgow Rangers.
Rangers menempa sejarah tersendiri dengan memenangi liga pada musim 1888-1889 dengan rekod 18 kemenangan daripada 18 perlawanan.
Setakat ini, rekod tersebut gagal dipecahkan oleh mana-mana pasukan di dunia termasuk juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim FC.
Dengan kelebihan 60 mata, Arkadag bakal beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan.