Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk melakar kejayaan yang lebih besar daripada yang dijangkakan.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di landasan terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 pada musim ini apabila menang kesemua 20 perlawanan liga setakat ini.

Pasukan bimbingan Tano Solari terus menjarakkan diri dengan pesaing terdekat, Selangor FC dengan 14 mata dan memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Advertisements

Rekod gah ini berada pada landasan yang cukup baik untuk membawa JDT menjadi satu-satunya pasukan di dunia yang mencatat kemenangan bersih dalam semua aksi liga.

Kelab milik DYAM TMJ ini kini berbaki 6 perlawanan Liga Super dan mengumpul 60 mata hasil 20 kemenangan dengan rekod jaringan 79 gol selain hanya dibolosi 4 gol sahaja.

Advertisements

Kali terakhir sesebuah pasukan berjaya menjulang kejuaraan liga dengan mencatatkan semua kemenangan adalah pada tahun 1898-99 oleh pasukan gergasi Scotland, Glasgow Rangers atau dikenali sebagai Rangers FC.

Rangers merekodkan 18/18 kemenangan pada musim tersebut dan bolos 18 gol dalam saingan liga.

Rekod ini bagaimanapun hanya kebal dalam aksi domestik selepas pasukan tersebut tewas kepada Celtic dalam aksi final Piala Scotland.

Era gemilang itu tidak mampu dijelmakan lagi selepas itu dan kekal menjadi sebuah rekod yang ingin dipecahkan oleh pasukan di dunia.

Ketika ini, JDT sudah meraih dua trofi domestik iaitu Piala Sumbangsih dan juga Piala FA pada musim 2023 sambil berada di landasan yang tepat untuk menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram