JDT vs KL City: JDT Juara Piala FA Tewaskan KL City
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengatasi KL City FC 2-0 pada aksi final Piala FA 2023.

Separuh masa pertama menyaksikan City Boys hampir mendahului pada minit ke-16 menerusi percubaan Matko Zirdum. Malangnya, bola tolakannya berjaya dinafikan penjaga gol JDT FC, Syihan Hazmi Mohamed.

Tuan rumah terus cemas apabila penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, T. Saravanan berjaya melepasi kawalan Matthew Davies sebelum melepaskan rembatan ke arah gawang JDT FC.

Advertisements

Bagaimanapun, Saravanan kecewa apabila percubaan lencongnya pada minit ke-37 langsung tidak menepati sasaran.

Sementara percubaan terbaik Harimau Selatan ialah menerusi percubaan jarak jauh Leandro Velasquez pada minit-minit akhir babak pertama. Tetapi percubaannya mudah diselamatkan penjaga gol KL City FC, Kevin Ray Mendoza.

Bersambung pada babak kedua, Harimau Selatan menyangka telah mendahului menerusi penjaring terbanyak mereka musim lepas, Bergson da Silva pada minit ke-58.

Advertisements

Tetapi penyerang Brazil itu kecewa apabila gol tersebut dibatalkan pengadil susulan beliau berada pada kedudukan ofsaid.

Penantian gol tuan rumah berakhir apabila Hong Wan melepaskan rembatan jarak jauh menewaskan Mendoza pada minit ke-66. Menariknya, itu juga gol pertama pemain tengah berusia 22 tahun itu bersama JDT FC.

Lapan minit kemudian, Velasquez pula melepaskan rembatan melepasi kaki dua pemain City Boys bagi memastikan kemenangan selesa 2-0 JDT FC.

Advertisements

Keputusan ini membolehkan JDT FC mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada edisi 2022. Manakala KL City FC pula perlu menunggu edisi 2024 untuk cubaan mengakhiri kemarau Piala FA seterusnya yang kali terakhir dimenangi pada 1999.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram