Ads
Jude Soonsup-Bell Merantau Ke Sepanyol
Transfer
Cordoba CF

Penyerang berdarah warisan Thailand, Jude Soonsup-Bell mewarnai saingan Segunda Division (divisyen kedua Sepanyol) untuk musim 2024/25.

Advertisements

Ini selepas Cordoba CF mengesahkan bahawa penyerang Thailand-Inggeris itu telah menyertai kelab itu secara perpindahan percuma.

Advertisements

Meskipun Soonsup-Bell berhijrah ke bumi Andalusia itu sebagai ejen bebas, Spurs memastikan mereka memiliki klausa keuntungan sebanyak 40%.

Advertisements
Advertisements

Ini bagi memastikan kelab itu mendapat sebahagian keuntungan sekiranya penyerang berdarah Thai-Inggeris itu menyerlah dalam saingan Segunda Division. Soonsup-Bell bakal memeterai kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun.

Perjanjian ini disifatkan menang-menang bagi semua pihak kerana ini secara tidak langsung bukan saja membantu perkembangan bekas penyerang Chelsea itu.

Advertisements

Malah, ini juga memastikan Soonsup-Bell dapat membina kariernya dalam saingan liga yang lebih tinggi seperti Segunda Division berbanding League One atau League Two.

Sejak menyertai Spurs pada 2023, penyerang itu tidak mencatatkan sebarang penampilan bersama skuad senior pasukan utara London itu. Pada masa sama, beliau dilihat tonggak utama pasukan Tottenham Hotspur Bawah 21 Tahun (B-21).

Soonsup-Bell bakal bersaing dengan Antonio Casas dan Nikolay Obolskiy untuk merebut slot penyerang utama Los Califas.

Kemajuan beliau di Sepanyol juga dijangka dipantau jurulatih Thailand, Masatada Ishii. Ini kerana sebelum ini, Soonsup-Bell ada menyatakan keinginan untuk mewakili skuad Gajah Perang di pentas antarabangsa.

Advertisements

Bekas penyerang The Blues itu sudah menyertai sesi latihan bersama pasukan yang dibimbing Ivan Ania itu bermula pada 23 Ogos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram