Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA sekiranya menundukkan Timor Leste.
Skuad kendalian Pau Marti dikejutkan dengan keputusan seri 2-2 menentang Kemboja pada aksi pembukaan ASEAN Championship baru- baru ini.
Peluang terhidang buat skuad kebangsaan untuk meraih tambahan mata FIFA apabila bakal menentang Timor Leste pada aksi kedua di Bukit Jalil.
Pertemuan dengan pasukan ke-196 dunia itu menyaksikan skuad negara berpotensi untuk meraih tambahan +1.32 mata FIFA untuk mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1117.47 mata sekaligus kekal di tangga 132 dunia.
Situasi ini membolehkan Malaysia mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan untuk menjadi pendahulu kumpulan sebelum menentang Thailand.
Risiko besar menanti Harimau Malaya sekiranya tewas mengejut di tangan lawan apabila bakal kehilangan -3.68 mata FIFA.
Malaysia ketika ini kekal menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (124).
Aksi antara Malaysia vs Timor Leste akan berlangsung pada 11 Disember jam 9 malam di Bukit Jalil.
Menang: +1.32
Seri: -1.18
Kalah: -3.68