Advertisements
Jumlah Mata, Rekod & Kedudukan Ranking FIFA Jika Malaysia Tewaskan India
Harimau Malaya
MakanBola
AIFF

Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA dan juga rekod pertemuan sekiranya menewaskan India.

Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +2.97 mata FIFA dan melonjak 5 tangga ke kedudukan 128 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Pasukan kebangsaan kini dalam satu lagi misi untuk meraih tambahan +5.16 mata FIFA bertemu pasukan ke-125 dunia sekaligus berpotensi besar untuk kekal di tangga sedia ada.

Kejayaan menundukkan The Blue Tigers bakal membuka jalan untuk Malaysia melebarkan rekod selepas 33 kali pertemuan dengan kali pertama aksi kira-kira 67 tahun lalu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada aksi Pestabola Merdeka 2023 dengan skuad kebangsaan melakar kemenangan 4-2 di Bukit Jalil.

Rekod kemenangan juga bakal dilebarkan dengan Malaysia bakal mencatat 13 kemenangan, 8 seri dan 12 kekalahan sepanjang 33 pertemuan dengan India.

Aksi India vs Malaysia akan berlangsung di Hyderabad jam 10 malam pada 18 Disember ini.