Advertisements
Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Hadapi India
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia membawa 23 orang pemain bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India.

Advertisement

Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA untuk melonjak ke tangga 129 dunia setelah menewaskan Laos.

Momentum terbaik dibawa bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India dalam misi untuk mengekalkan rekod bersih berdepan lawan sama tatkala berjaya mencapai kemenangan 4-2 tempoh hari.

Advertisement

Pau Marti membawa tiga penjaga gol iaitu Syihan Hazmi, Azri Ghani dan juga Haziq Nadzli sementara Azam Azmi, Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul, Dominic Tan, Dion Cools, Daniel Ting, Harith Haiqal dan juga Adib R’op mengetuai bahagian pertahanan.

Perancang tengah Malaysia dibarisi muka-mula seperti Safawi Rasid, Nooa Laine, Syamrr Kutty, Zhafri Yahya, Stuart Wilkin, Sergio Aguero dan Fazrul Amir.

Advertisement

Posisi penyerang pula digalas oleh Paulo Josue, Haqimi Azim, Syafiq Ahmad dan juga Akhyar Rashid untuk membantu Harimau Malaya.

Advertisement

Tiga pemain JDT yang tidak dapat membantu Harimau Malaya adalah Arif Aiman, Matthew Davies dan juga Feroz Baharudin yang telah pulang ke pangkuan kelab masing-masing.

Kemenangan berdepan India bakal membantu Harimau Malaya memperoleh tambahan +5.16 mata untuk menghuni tangga ke-128 dunia.

Advertisement

Aksi antara India vs Malaysia berlangsung pada 18 November jam 10 malam di Stadium Gachibowli.