Junior Eldstal Bantu Dewa United Tewaskan Gergasi Indonesia
Asia Tenggara
Dewa United
Advertisements

Pemain Harimau Malaya yang kini beraksi bersama Dewa United di Indonesia, Junior Eldstal berjaya membuka mata banyak pihak apabila menampilkan aksi berkualiti dalam aksi menentang kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta. Dewa United berjaya mengejutkan Persija dengan keputusan 2-0.

Dalam perlawanan tersebut, Junior bergandingan dengan pemain import dari Macedonia Utara yang juga bekas pemain Sabah FC, Risto Mitrevski. Gandingan dua pemain ini berjaya menghalang benteng pertahanan Dewa United daripada dibolosi.

Mengulas mengenai kemenangan yang diraih Dewa United, Junior yang beraksi penuh 90 minit nyata berpuas hati dengan semangat kerjasama yang dipamerkan rakan sepasukannya.

Advertisements

“Kemenangan ini adalah tentang bagaimana kami menunjukkan karakter pasukan ini. Dalam perlawanan sebelum ini kami tidak bernasib baik, tapi hari ini kami memperlihatkan kerjasama sepasukan yang sangat bagus.

“Kami tahu Persija adalah pasukan yang kuat di Indonesia, tapi kami sangat percaya satu sama lain untuk mencapai keputusan positif. Jadi sekarang kami perlu fokus untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” ujar Junior kepada media selepas tamat perlawanan.

Sebelum ini, segelintir penyokong Harimau Malaya berasa kurang senang dengan pemilihan Junior yang dipanggil ke kem skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon. Ini kerana minit permainan yang dicatatkan Junior musim ini sangat sedikit.

Advertisements

Namun dengan kualiti permainan yang ditunjukkan pada aksi menentang Persija semalam, sudah pasti penyokong kembali yakin dengan kemampuan Junior dalam mengemudi benteng pertahanan Malaysia kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram