Ads
Jurang JDT & Kawasaki Frontale Makin Jauh Di Asia
Asia
Haziq/MakanBola

Jurang kedudukan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale di Asia semakin jauh.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan terus mengekalkan rekod cemerlang dalam saingan musim ini apabila mencatatkan keputusan seri menentang PDRM.

Advertisements

JDT terus menapak hebat di tangga kelab Asia apabila menembusi kelompok 10 pasukan elit di rantau ini.

Advertisements
Advertisements

Kemas kini oleh laman Opta Analyst, JDT kini menghuni tangga ke-9 di Asia (ke-291 dunia) dan menjadi kelab terbaik di Asia Tenggara.

Kedudukan ini diekori rapat oleh jaguh Liga Thailand, Buriram United dengan 73.5 mata di tangga ke-49 Asia.

Advertisements

Kemajuan memberangsangkan oleh skuad Harimau Selatan ini membolehkan pasukan untuk memintas kedudukan beberapa buah kelab gergasi di Asia termasuklah Kawasaki Frontale.

Kawasaki Frontale kini berada di tangga ke-20 di Aaia dengan 76.0 mata sekaligus mencatatkan penurunan mendadak berbanding tahun lalu.

Antara pasukan lain yang turut mengalami kejatuhan ialah Urawa Reds (ke-26), Al-Ittihad (ke-32) dan Melbourne City (ke-41) di Asia.

Advertisements

JDT bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bermula September 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram