Ads
Asia
JST/Ittihad FC

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0.

Advertisements

Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan musim ini.

Advertisements
Advertisements

Kemas kini terbaru yang dilakukan oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir yang dilakukan.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan jaguh Asia Tenggara mengumpul 75.1 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT berada di tangga ke-16 Asia ketika ini.

Advertisements

Kemajuan memberangsangkan ini juga menyaksikan JDT naik 16 anak tangga bagi kedudukan ranking kelab di dunia dan berada pada tangga ke-324 ketika ini.

Kedudukan ini membolehkan JDT mengukuhkan reputasi selaku kelab nombor satu di Asia Tenggara dan Malaysia dengan pesaing terdekat adalah kelab Thailand, Buriram United yang menghuni tangga ke-50 di Asia (616 di dunia).

Copy of Untitled Design 6 JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Antara pencapaian membanggakan oleh JDT adalah berjaya memintas kedudukan dua pasukan besar Asia iItu Al-Ittihad (26) dan juga Kawasaki Frontale (25).

JDT bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang dijadualkan bermula pada September 2024 hingga Mei 2025.

Advertisements

12 pasukan terhebat di Asia bakal berentap dengan dua wakil Thailand, Buriram United dan Bangkok United berpotensi menjadi lawan JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram