Asia
JST/SFC
Advertisements

Perbezaan terkini kedudukan juara bertahan Liga Super 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Asia mencuri tumpuan.

Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi tahun ini sementara The Red Giants bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Kedua-dua pasukan ini mara selepas muncul juara dan naib juara Liga Super musim lalu.

Advertisements

Malaysia juga hanya diberikan satu slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke ACL2 seperti yang telah ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Laman Opta Analyst memaparkan perbezaan kedudukan terkini JDT dan Selangor tatkala saingan liga bakal bermula kurang sebulan dari sekarang.

JDT terus mengukuhkan reputasi selaku pasukan terbaik di Malaysia dan salah satu gergasi bola sepak Asia Tenggara apabila menghuni tangga ke-17 di Asia.

Advertisements

Pasukan selatan tanah air ini mengumpul 74.6 mata sekaligus meletakkan pasukan sebagai kelab ke-326 di dunia selain menghampiri kedudukan pasukan seperti Urawa Reds (15), Kawasaki Frontale (9) dan Vissel Kobe (7).

BC6B6002 6E4C 4D69 9B2D 33B7B8149B4F Perbezaan Terkini Kedudukan JDT & Selangor Di Asia

Selangor pula merupakan pasukan ke-2 terbaik di Malaysia kini menghuni tangga ke-149 di Asia selepas mengumpul 64.8 mata. Kedudukan ini telah meningkat 67 tangga berbanding kemas kini terakhir dan menjadi pasukan ke-1412 di dunia.

Pasukan kendalian Nizdam Jamil bagaimanapun berjaya menghampiri kedudukan pasukan Thai League, BG Pathum United (141) dan memintas kedudukan Muangthong United (153).

Advertisements

Sepak mula kejohanan di Asia dijangka berlangsung sskitar bulan September 2024 berdasarkan perubahan kalendar terbaru AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram